Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Pengalaman kerja di Kaison Furnishing

1 Julai 2018 Saya menjejak kaki di Kaison Furnishing sebagai seorang management dan sekarang sudah hampir 5 bulan bekerja di sini. Rezeki dan jalan yang Tuhan tunjukkan untuk saya teruskan kehidupan saya. Untuk pengetahuan semua, saya mulanya tak mengharapkan pun untuk dapat vacancy ni sebab dah banyak kali gagal dalam interview sebelum ni jadi xde la letak harapan tinggi untuk jawatan ni. Tapi alhamdulillah, syukur sangat sebab diterima kerja ni...huhu. Jawatan yang saya pegang sekarang adalah sebagai retail management. Skop kerja ni memerlukan skill multitasking sebab kita kena handle semua perkara berkenaan dengan management seperti HR, Inventori, IT dan macam-macam lagi. Setakat ni kerja management ni semua nampak baru untuk saya dan agak memenatkan sebab sebelum ni saya tak pernah uruskan kedai cawangan macam Kaison ni. Saya nak cerita sikit sejarah kedai Kaison Furnishing SDN BHD ni sikit. First of all, nama Kaison adalah nama bos besar Kaison iaitu Mr. Tan Ling Kai dan perk

Pengalaman 25

Tup, tup, tup. Angka umur meningkat. Mungkin pengalaman hidup saya pun makin bertambah. Umur 25 tahun , umur suku abad kita diberikan Tuhan untuk melihat dan mencari makna kehidupan kat dunia ni. Dan bagi saya, saya rasa umur 25 tahun adalah satu peringkat saya nak kenali dunia dan cara macam mana saya nak hidup. Ramai kawan asyik tegur saya, yang saya ni takde pendirian dan mungkin saya rasa mereka betul. Kekadang pendirian saya tak tetap dan saya masih lagi tercari-cari makna hidup. Umur 25 tahun. Umur yang mana semua anak muda akan struggle. Mungkin ada yang dah tau apa matlamat mereka dan mungkin mereka macam saya lambat sikit. Tapi itulah proses kehidupan. Bukan semua manusia diciptakan dalam keadaan yang sama. Tuhan Maha Merancang setiap insan dan nyawa yang Dia berikan. Kita mampu bergerak mengikut kehendak-Nya. Jadi, bagi saya hala tuju kehidupan kita memang dah ditentukan sejak azali lagi dan peranan kita hanyalah mampu buat pilihan dan minta petunjuk jalan yang lurus da