Pengalaman Naiki ATV di Taiping , Perak 2020
Ok nak tulis pengalaman naik ATV ni kena ingat balik sebab dah lama berlalu. Nak ingat semula agak susah bagi aku sebab ingatan aku macam sudah samar - samar. Tapi aku masih lagi ingat betapa teruja nya hati aku waktu planning untuk pergi naiki ATV dengan kawan aku, Fahkrul Hakim. Hakim pelan untuk berada di Ipoh untuk 2 hari 1 malam untuk kami lakukan aktiviti ATV ni bersama. Jadi kami untuk apply la cuti bersama dan tugas aku adalah untuk jemput dan drive kami ke kawasan ATV tu. Perjalanan kami dari Ipoh ke Taiping lebih kurang 1 jam setengah dengan pinjam kereta ayah ku, Exora. Setiba kami di kawasan atv, kami perasan kami terawal la pula. Atv tak buka lagi operasi mereka. Jadi kami lepak la sekejap di kawasan parking hotel berdekatan dengan atv tu. Jam pun berlalu. Kami pun masuk ke kawasan atv yang penuh dengan atv yang parking berdepan dengan kaunter mereka. Seingat aku ada lebih kurang 6 buah atv yang parking di depan. Aku tertarik dengan ka...