Pengalaman : Kami Hidup Zaman Covid-19
Sejarah tercipta. Bagi adik-adik yang baru sahaja lahir tahun Covid-19 (2019,2020,2021), selamat datang ke dunia. Teruskan membesar dengan baik adik-adik. Generasi kami sekarang tengah berjuang untuk terus hidup dengan kehadiran Covid-19. Kami sudah hidup dengan Covid-19 hampir setahun dan hendak masuk tahun kedua untuk tahun 2021. Berdasarkan berita semasa ramai yang sudah terkorban di seluruh dunia disebabkan Covid-19. 22 Mac 2021, hari ini sebanyak 2.72 juta orang meninggal kerana Covid-19. Di Malaysia pula sudah 1,233 orang meninggal dan Perak seorang pula sudah terkorban. Tapi situasi sekarang adik, masyarakat sudah bosan dengan Covid-19. Mereka sudah mula berani untuk keluar berjalan, ke luar negara, beriadah, ziarah ahli kerabat dan tak hiraukan tentang jangkitan Covid-19 ni adik. Hmmm...jika adik dalam situasi ini apa yang adik akan buat? Covid-19 adalah sejenis virus yang senang berjangkit sebab ianya virus yang 'terbang' di udara dik. Contoh, seorang lelaki tengah