Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2021

Pengalaman : Punggah Barang dari Lori 40 kaki Pukul 12 Tengah Malam

"Pang!" Bunyi kotak jatuh dari lori Raju. Pekerja-pekerja lelaki yang gagah lagi perkasa berhempas pulas memunggah kotak-kotak yang baru saja sampai pukul 7 petang tadi. Selepas seharian menunggu lori dari gudang Port Klang, akhirnya sampai juga lori. Semua staff dah tepu tunggu lori sampai tertidur dalam kedai. Pekerja syarikat Khaizon terdiri dari perempuan dan lelaki yang mana sama-sama akan turun memunggah barang dari lori 40 kaki itu. Boleh tahan la besar dan berat barang lori tu. "Kalau ada forklift kan bagus. Tak la susah nak punggah barang."luah Nasuha, salah seorang pengurus kedai Khaizon. Nasuha yang bertugas pada malam itu dalam meng'key in' barang-barang yang sampai malam itu. Nasuha merupakan pengurus yang agak lembut dalam kalangan pengurus-pengurus lain di Khaizon itu. Kadang-kadang Nasuha ni suka mengelamun dan blurr seorang diri bila dia penat dan fikirkan sesuatu.  Selesai meng'key in' , pekerja perlu tolak pula troli ke atas kedai