Pengalaman menghadapi PKP Fasa 1,Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4
Saya adalah termasuk semua manusia yang merasai pengalaman semasa di PKP(Perintah Kawalan Pergerakan). Dimana saya ketika PKP fasa 1 dijalankan Masa tu saya sedang bekerja di kedai sambil sibuk dengan pengiraan stok barang yang perlu diambil setiap bulan. Ketika fasa ini dikuatkuasa, saya ingat lagi lagi waktu tu baru je selesai baca tentang politik negara. Pembubaran kerajaan secara tiba-tiba, pelantikan PM interim dan penubuhan kerajaan baru dan kini Muhyiddin sebagai PM ke 8 Malaysia. Waktu ni juga saya berpisah dengan Najmi. Boleh dikatakan lah waktu yang sangat struggle buat saya. Bagi saya fasa 1 ni adalah waktu saya bercuti untuk berehat dari semua perkara yang berlaku dalam hidup saya. Waktu saya tidur dengan puas dan melayan hobi saya. Saya masih boleh bertenang lagi dan tak terlalu overthinking. Saya sangka cuti 14 hari saja dan kemudian boleh sambung kerja balik. Bila fasa 2 diumumkan Hmm, masa ni saya dah mula gelisah sangat. Saya dah mula whatsapp personal deng