Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2020

Pengalaman Live Learning Online : 5 Tips Untuk Memohon Halal Pertama oleh Halal Academy

Waktu PKP ni banyak masa terluang, jadi saya mula cari free online learning secara live dan terjumpa Halal Academy ni. Alang-alang syarikat saya tak buka jadi ambil peluang untuk tambah ilmu.  Boleh jadi saya mohon semula untuk jadi Pengawai Halal atau pun Konsultan Halal sebab saya ni lepasan kos Teknologi Makanan. Insyaallah jika ada rezeki.                        ........................................... Apa itu Halal Toyyiban? Halal merujuk kepada sesuatu yang dibolehkan  atau dibenarkan oleh orang Islam. Toyyiban merujuk kepada kebersihan. Cik Ashira menekankan tentang Kenapa pengusaha hendak mendapatkan Pensijilan Halal dalam produk mereka? Antara jawapan yang diberi adalah: 1) meluaskan pasaran ke antarabangsa 2) memasuki pasaran tempatan (kawan-kawan,jiran) ke pasaraya 3) target pasaran meluas kepada Muslim Setelah mendapat sijil Halal, pengusaha perlu tahu kotmimen selepas mendapat sijil Halal.  Kotmimen selepas mendapat sijil Halal banyak ditekankan oleh Cik Ashira kerana r

Pengalaman Tahun 2020

The Best of Year 2020 Secara rasmi berpisah dengan Najmi. Menyaksikan tertubuhnya kerajaan tanpa pilihanraya. Diuji dengan pademik covid-19. Masih duduk dengan parents tersayang. Tahun ini masih belajar redha dan sabar.

Skop kerja sebagai Pengawai Halal(Pemakanan)

Skop kerja ini saya dapat daripada salah satu syarikat pemakanan dan saya cuba beri list sahaja untuk bakal-bakal graduan muda yang ingin tahu skop kerja sebagai pengawai halal(pemakanan). - terlibat secara langsung di dalam keperluan aplikasi atau sijil-sijil halal dan berhubung dengan badan berkanun - menjaga dan melaksanakan bahagian pengurusan sistem halal assurance, mengembangkan dan menguruskan program audit selaras dengan audit Halal  - mengekalkan dan update dokumen dan validasi Halal untuk pembekal bahan mentah - berhubung dengan JAKIM tentang Halal - membantu di dalam pengurusan sistem makanan dan SOP - Menjaga dan peka pada perkembangan dan isu Halal industri - Menghadiri soalan- soalan berkaitan dengan intergriti Halal - Menjalankan penilaian bersama bahagian Pembelian dalam membeli barang-barang yang memenuhi syarat-syarat Halal - Menyediakan latihan khusus keperihatinan, dan kepekaan intergriti Halal dalam kalangan pekerja dan masyarakat