Pengalaman sebagai Telesales/Telemarketing: Part 2
Sepanjang bekerja di bahagian marketing di company AA saya mula tau sebar sedikit mengenai produk yang ditawarkan oleh pihak partner company dan sedikit sebanyak saya belajar juga skill untuk membuat tawaran kepada pelanggan dan mendengar rintihan pelanggan yang tak dapat saya tolong(cuma mampu dengar jer). Naik turun bukit dengan perangai dan sikap pelanggan pun menguji hati ni. Kata Pak Guard yang menjaga bangunan, kanan masuk kiri keluar. Dan saya dah buat yang terbaik untuk menawarkan produk dan pakej mungkin bukan rezeki. Okey, baiklah. Mari cerita tentang skop kerja sebagai telemarketing ni. Bagi saya kerja sebagai telemarketing ni bukan satu kerja yang perlu kekuatan fizikal tapi kekuatan mental yang lebih. Sama juga dengan kerja marketing atau salesman yang lain, kita perlu yakin pelanggan untuk terima produk yang ditawarkan ni agak mencabar. Jadi, dalam Malaysia seperti yang semua maklum kita ada banyak bangsa dan ada tiga bangsa yang utama iaitu Melayu,Cina dan