Pengalaman Training sebagai TeleSales
Dah lebih seminggu saya dapat kerja di syarikat telesales ni. Punya susah saya interview sana sini sekarang baru diterima untuk kerja. Sepanjang saya training di company ni banyak soft skill dan marketing tactic yang saya belajar. Bagi saya training sebagai telesales di company saya mungkin agak hambar sikit sebab kebanyakkan masa kitorang tak di isi sebaiknya. Simple word santai aje. Untuk hari pertama sehingga hari ketiga, kitorang diajar cara untuk mengira package produk dan buat test. FYI, buat kira-kira ni senang je tapi kena selalu peka dengar apa yang trainer tu cakap dan tulis. Tulis nota pun kena elok-elok kalau tak susah nak buat kira-kira sebab maklumat tak lengkap. Kemudian, baru la masuk belajar produk dan service yang mereka gunakan. Dan belajar macam mana nak role play ( promote produk dalam telefon). Hari nak buat role play ni batch saya yang ada enam orang tinggal tiga orang saja yang still survive. Seorang tu ada masalah dengan sijil SPM, seorang lagi katanya dapa