Pengalaman Mengubah Jambak Bunga Kahwin
Tahun 2021 dan 2022 adik beradik aku melangsungkan perkahwinan mereka. Aku rasa teringin nak buat sejambak bunga untuk perkahwinan mereka. Idea ni tercetus sebab aku teruja bila lihat kawan sekerja aku, Asri pandai dalam menghias dalam pelbagai acara, lagi bila kami ada 'monthly activity' akhir tahun. Jadi aku pun cari la bahan - bahan untuk gubah bunga untuk Wani. Dia nak bunga yang dari musim luruh bagi aku. Lebih banyak warna coklat pink dan ke merah sikit. Aku takde pengalaman nak gubah bunga jadi aku tengok gambar di Google saja. Nampak mudah tapi nak buat memang ambil kreativiti sendiri. Aku beli semua bahan di Kaison saja. Dah alang-alang kerja situ. Mudah. Aku mula pilih sambil buat rujukan di Google. Waktu rehat aku, aku sibukan diri dengan cuba gubah bunga kahwin Wani. Buat awal tak kalut. Bunga aku guna bunga tiruan. Tak dapat nak cari yang fresh. Bunga susah nak cari. Bahan-bahan aku guna untuk jambak bunga wani. Ini pula bahan - bahan untuk kakak aku. Kadang jamba...